Langkau ke kandungan utama

Dapatkan Pinjaman Pelaburan di Quantum Metal (QM)

 PERHATIAN: Level artikel - ADVANCE

Dapatkan Pinjaman Pelaburan di Quantum Metal (QM)

Saya sangat yakin dan percaya, kita terlalu sukar untuk mendapatkan pinjaman untuk kita melakukan pelaburan. Jika pun ada peluang untuk melakukan pinjaman, ianya hanya untuk yang layak dengan persyaratan yang sangat ketat. Persoalannya, adakah kita tergolong dalam golongan yang layak tersebut? Kita tidak layak? Jangan bersedih dan berduka. Selagi kita tidak putus asa, pasti ada jalannya.

Mari saya bongkarkan satu kaedah pinjaman atau pembiayaan yang paling mudah, paling cepat dan pantas dan tanpa melalui syarat yang ketat.

Jika anda belum pernah mendengar atau pernah mendengar tetapi hanya sepintas lalu sahaja, pasti anda tidak percaya bahawa di Quantum Metal (QM), anda boleh membuat pinjaman atau pembiayaan dengan syarat anda memiliki modal minimum RM100 dan mendapat pembiayaan maksimum 4 kali ganda daripada Quantum Metal (QM). Pembiayaan ini adalah di bawah segmen GAE5X.

Apa maksudnya? Boleh berikan contoh?

Contahnya begini, jika anda membeli 1 unit GAE5X yang berharga USD25, anda tidak mendapat emas berharga RM100, tetapi anda akan mendapat emas berjumlah RM500. Bagaimana dengan kiraan keuntungan? Jika emas mengalami kenaikan sebanyak 1%, ini bermakna kenaikan yang anda perolehi adalah sebanyak 5%.  

Tidak cukup dan ingin pembiayaan yang lebih besar? Nah, Quantum Metal (QM) hadirkan satu lagi jenis pembiayaan. Jika anda ada memiliki modal sebanyak RM1000, maka anda layak mendapat pembiayaan 9 kali ganda daripada Quantum Metal (QM). Pembiayaan ini adalah di bawah segmen GAE10X. 

Apa maksudnya? Boleh berikan contoh?

Contahnya begini, jika anda membeli 1 unit GAE10X yang berharga USD250, anda tidak mendapat emas berharga RM1000, tetapi anda akan mendapat emas berjumlah RM10,000. Bagaimana dengan kiraan keuntungan? Jika emas mengalami kenaikan sebanyak 1%, ini bermakna kenaikan yang anda perolehi adalah sebanyak 10%.  

Tidak cukup besar lagi pembiayaan tersebut dan anda inginkan Quantum Metal (QM) memberikan pembiayaan sebanyak 100X? Sila berhenti membaca blog ini dan sila libatkan diri dalam program SCAM di luar sana yang bukan sahaja mampu memberikan 1000X tetapi juga bulan dan bintang.

Jangan berlengah lagi, daftarkan diri sebagai "Pembeli Biasa" di Quantum Metal (QM) sekarang dengan melakukan pendaftaran melalui pautan di bawah:

Sila klik pautan pendaftaran ini: KhaleejaBullion

Ada persoalan yang ingin diajukan? Jangan malu-malu untuk terus hubungi saya (sila whatsapp jika panggilan tidak dijawab) melalui pautan di bawah:

Sila klik pautan Whatsapp ini: KhaleejaBullion 

Ulasan