Langkau ke kandungan utama

Beli Emas RM10 di Quantum Metal (QM)

Level artikel: Beginner


Anda ingin membeli emas sebagai salah satu pelaburan yang paling anda percayai dan anda yakini, tetapi perlu mengumpul wang sedikit demi sedikit sehingga minimum RM300. Apabila ingin ke kedai emas, pelanggan terlalu ramai dan anda malu dan rendah diri untuk membeli kerana anda pasti hanya mendapatkan sebentuk cincin yang paling kecil dan paling nipis. Dalam hati anda pasti berkata yang pelanggan lain pasti membawa jumlah yang besar dan membawa pulang barang (barang kemas) yang besar juga. 

Anda kuburkan niat anda untuk membeli hari tersebut dan pulang dengan keadaan hampa dan masih berharap agar esok dapat ke kedai emas tersebut pada waktu tiada pelanggan. Keesokan harinya, pelanggan beratur panjang. Rupanya harga emas sudah naik dan ramai berpusu-pusu untuk membeli emas kerana takut harga emas naik lebih tinggi pada minggu hadapan.

Jika kita memiliki masalah seperti di atas, anda tidak berkeseorangan. 

Saya hadirkan solution yang paling terbaik untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan melakukan pembelian emas di Quantum Metal (QM) dengan modal minimum RM10 sahaja. Mari kita lihat senarai kebaikan jika anda membeli emas di Quantum Metal (QM):

1. Membeli dengan modal paling minimum iaitu RM10 sahaja.

2. Melakukan pembelian secara dalam talian (online).

3. Dapat membeli secara berdisiplin sama ada kita susun pembelian secara harian, mingguan atau setiap kali ada wang lebihan, terus lakukan belian.

4. Tidak perlu bersesak-sesak dengan pelanggan lain.

5. Melakukan pembelian on the spot supaya tidak terlepas peluang untuk mendapatkan harga emas yang anda inginkan. Jika tunggu esok, belum tentu harga emas adalah sama seperti hari ini.

6. Mendapatkan harga emas lebih murah. Harga yang ditawarkan di Quantum Metal adalah lebih murah berbanding harga emas di kedai.

Saya kongsikan bagaimana kaedah yang saya sendiri amalkan sehingga hari ini untuk saya konsisten membeli emas RM10 setiap hari :

1. Setiap minggu, suami saya membasuh sendiri kereta dan motosikal kami dan tidak perlu menghantar ke kedai basuh kereta = untung RM20/ minggu

2. Saya akan memotong rambut suami saya dan 4 orang anak kami = untung RM70/ 3 minggu

3. Jika kami ada kesempatan masa dan masih larat setelah pulang kerja, saya dan suami akan memasak untuk sarapan pagi dan makan malam (RM10 + RM50) = untung RM60/ 10 kali sebulan

4. Jika makan di luar, kebiasaannya saya akan order 6 gelas air minuman yang purata berharga RM3/ gelas. Kini, masih lagi 6 gelas air tetapi 3 gelas air kosong dan 3 gelas air milo ais = untung RM9

Rasanya itu sahaja maklumat yang saya boleh kongsikan. Jangan terlalu terikat dan terikut kerana ini sekadar idea yang saya cuba amalkan dan ianya sangat berjaya. Anda boleh jadikan panduan dan cuba untuk cipta gaya anda sendiri sesuai dengan cara hidup anda.  

Jangan berlengah lagi, daftarkan diri sebagai "Pembeli Biasa" di Quantum Metal (QM) sekarang dengan melakukan pendaftaran melalui pautan di bawah:

Sila klik pautan pendaftaran ini: KhaleejaBullion

Ada persoalan yang ingin diajukan? Jangan malu-malu untuk terus hubungi saya (sila whatsapp jika panggilan tidak dijawab) melalui pautan di bawah:

Sila klik pautan Whatsapp ini: KhaleejaBullion 

Ulasan