Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Daftar di Quantum Metal (QM)

Level artikel: Beginner 

Berikut adalah langkah untuk mendaftarkan diri sebelum dibenarkan untuk melakukan pembelian di Quantum Metal (QM):

1. Klik pautan ini: https://bit.ly/3J5zI8W

2. Anda akan dibawa ke laman seperti di bawah ini.


3. Sila isi nama penuh berdasarkan kad pengenalan (contohnya BIN, BINTI, MUHAMMAD dan sebagainya), nombor kad pengenalan, email dan nombor telefon bimbit. Setelah selesai, tekan "Register".

4. Anda akan dibawa ke laman Gold Account Term & Condition seperti di bawah ini.


5. Sila scroll sehingga paling bawah dan bertemu butang "I Agree". Sila tekan butang tersebut.


6. Setelah menekan butang tersebut, anda akan dibawa ke paparan di bawah.




7. Apabila paparan ini muncul, biarkan dan jangan tutup. Anda perlu pergi ke akaun email anda dan cari email yang telah dihantar oleh Quantum Metal seperti paparan di bawah.



8. Klik email tersebut dan anda akan mendapat paparan di bawah. Klik kotak berwarna merah yang bertuliskan "Click To Setup Your Password".


9. Setelah klik, anda akan mendapat paparan di bawah ini. Anda perlu create password yang memiliki ciri ini: Memiliki 8 karakter yang ada huruf besar + huruf kecil + nombor.
Contohnya Sulaiman9876. - Sila tulis di atas kertas supaya tidak lupa dan tidak hilang, kemudian ambil gambar.
Isi password tersebut di dalam kotak "New Password" dan "Re-enter new Password".
Setelah selesai, tekan kotak biru "Set Password".


10. Setelah itu, keluar pula paparan "Setup Your Six Digit Pin" seperti di bawah. 
Sila isi 6 nombor pilihan anda, contohnya 102030 di kotak "Nex Six Digit Pin dan Re-enter New Six Digit Pin.
Setelah selesai isi, sila tekan kotak biru "Set Pin" - Sila tulis di atas kertas supaya tidak lupa dan tidak hilang, kemudian ambil gambar.


11. Kemudian akan kembali ke paparan ini. Sila isi kotak pertama (email/ mobile/ username - yang kita isi di no. 2) dan kedua (password - yang kita dah set pada no. 9). 
Setelah itu, klik kotak biru "SecuredLogin".


 12. Kemudian anda akan dibawa ke paparan ini. 



Sila tekan User Settings, kemudian pilih "Edit Profile". Sila isi alamat semasa, warganegara, pekerjaan. 


13. Scroll ke bawah lagi dan anda akan menemui paparan ini.


Sila masukkan gambar depan Kad Pengenalan di "Attachment 1" dan gambar belakang Kad Pengenalan di "Attachment 2".
Isi juga nama waris di kotak "Beneficiary Name", nombor Kad Pengenalan waris di kotak "Beneficiary NRIC", nombor telefon waris di kotak "Beneficiary Contact", hubungan dengan waris di kotak "Relationship" dan email waris (optional/ tidak wajib). 
Tekan kotak biru "SAVE".

14. Setelah itu, tekan semula "User Setting" dan klik pilihan yang paling bawah iaitu "Verify Mobile No". Maka akan muncul paparan di bawah.


 Sila tunggu nombor TAC yang akan dihantar ke Message (bukan Whatsapp) anda. Buka message anda dan isi nombor TAC tersebut di kotak terakhir yang berwarna putih.
Klik kotak biru "Submit".

15. Kemudian, tekan semula "User Setting" dan klik pilihan "Bank Account" dan paparan di bawah akan muncul.


Tekan kotak biru "Add" dan isi maklumat akaun anda seperti nombor akaun, nama pemilik akaun dan nama bank sahaja. Scroll ke bawah dan tekan kotak biru "Submit".


Setelah itu, paparan seperti no. 15 akan muncul semula dan tercatat maklumat akaun bank seperti yang anda telah isikan sebentar tadi.

Untuk urusan no. 13, ia akan mengambil masa sehingga 3 hari bekerja sebelum anda melayakkan diri untuk melakukan belian emas menggunakan akaun anda.

Selesai.

















































































Ulasan